KANGAR 22 Julai – Bagi menangani gejala ponteng yang kerap berlaku, sebuah sekolah di Kuala Perlis di sini, mengambil pendekatan luar biasa apabila guru besarnya, pengarah pendidikan negeri dan wakil rakyat sendiri hadir ke rumah para murid untuk memujuk dan merayu mereka datang ke sekolah.

Itulah inisiatif yang dilakukan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis terhadap 45 murid sekolah itu dengan yang paling serius melibatkan ketidakhadiran ke sekolah sejak awal tahun ini adalah sehingga 96 hari.

Program dinamakan Tautan Kasih 2017 dan kali kedua diadakan itu dibahagikan kepada enam buah kumpulan yang melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Mat Hassan, Pengarah Pendidikan negeri, Izmi Ismail dan Guru Besar SK Kuala Perlis, Shamsul Ariffin Mohd. Diah.

Sebanyak 16 kawasan terlibat antaranya ialah Kampung (Kg.) Seberang Tok Pi, Kg. Bahagia, Kg. Belakang Kilang, Kg. Kurung Tengar, Taman Senangin, Taman Suria dan Taman Utara Jaya.

Berdasarkan maklumat diperoleh, ibu bapa sendiri kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka disebabkan kerja sehingga lewat malam atau konflik keluarga seperti perceraian.

Malah ketika ditemui secara mengejut tanpa dimaklumkan lebih awal kira-kira pukul 10 pagi, sebahagian ibu bapa masih belum bangun tidur.



Daripada jumlah itu, terdapat satu kes murid direkodkan tidak mempunyai pakaian ke sekolah sedangkan bantuan khas awal persekolahan pada awal tahun sudah diberikan kepada ibu bapa.

Bil. Ponteng Tegar

Murid Kelas Akhir

Statistik turut menunjukkan 33 daripada 45 murid terlibat menduduki kelas terakhir di sekolah terbabit.



Semasa sesi pertemuan berlangsung, ibu bapa yang kebanyakannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kelindan lori, dinasihatkan supaya membantu memastikan anak-anak mereka dapat hadir ke sekolah setiap hari persekolahan walaupun lewat.

Murid terlibat dan ibu bapa juga diminta menandatangani satu borang aku janji di hadapan guru-guru yang membolehkan satu tindakan tata tertib diambil terhadap anak mereka sehingga dibuang sekolah sekiranya perkara itu berulang.

Sumber: Utusan Online